04 July 2011

Keputusan Pertandingan Wind Orchestra SBP & Kluster Peringkat Akhir 2011

Pertandingan Wind Orchestra SBP & Kluster Peringkat Akhir 2011 telah pun berlangsung pada hari Ahad, 3 Julai 2011 yang lalu. Sebanyak 8 buah sekolah telah melepasi peringkat saringan dan berjaya menempah tiket ke pusingan akhir. Pertandingan akhir ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC ). Pada tahun ini beberapa peningkatan telah ditunjukkan oleh sekolah-sekolah yang bertanding secara keseluruhannya. Kebanyakan sekolah memiliki instrument yang lengkap untuk sebuah pasukan wind orchestra seperti instrument bass clarinet, oboe, bassoon dan sebagainya berbanding tahun-tahun lepas. Diharapkan kesemua pasukan dari sekolah-sekolah yang bertanding dapat mengekalkan dan meningkatkan lagi mutu persembahan bagi memantapkan lagi arena wind orchestra di Malaysia khususnya.


Keputusan Pertandingan Wind Orchestra SBP & Kluster Peringkat Akhir 2011

Johan :
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah

Naib johan :
Sekolah Sultan Alam Shah

Tempat ketiga :
Sekolah Menengah Sains Machang

Saguhati :
Malay College Kuala Kangsar

Sekolah Seri Puteri

Kolej Tunku Kurshiah
Sekolah Dato Abdul Razak

Sekolah Menengah Sains Selangor

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya.


5 comments:

Ain_ Suke Senyum said...

Salam ain follow cini .
nak mintk tlong cument entry ni taw

http://zurain93.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

tq hihi .

KuNanGKuNanG said...

MCKK dapat saguhati? ok la tu...teruskan usha anda..hehehe

hafizulhakim said...

ain: timakasih. InsyaAllah nnt.

kunangkunang : he3.wokeyh :)

Unknown said...

tahniah my ex school SERATAS kerana menang Wind orchestra....lepas2 x dpt juara

hafizulhakim said...

alams.ekin : congratz juga! :)