Lama da x update belog ni. Kering idea la.huhu. Alhamdulillah Pangkor Giveaway da selamat disempurnakan. Hadiah pun dah dipostkan kat pemenang. Alhamdulillah last week menang giveaway dari blogger Hairie Cerulean. Tak sabar ni tgh tggu hadiah.he3. So entry kali ni nak citer pasal fobia. Korang ada fobia tak?
" Fobia bermaksud dimana pesakit mengalami ketakutan yang tidak wajar atau tidak rasional (irrational fears) terhadap sesuatu benda atau situasi yang khusus. Ia juga dikaitkan dengan pengalaman yang lalu atau pelaziman (conditioning) dimana rangsangan (stimulus) yang neutral dikaitkan dengan rasa takut atau cemas apabila mereka terdedah dengan situasi yang sama ".
Bagi sesetengah orang, susah untuk mereka memahami perasaan takut atau fobia yg ada pada orang lain. Sebab tu kadang2 benda2 camni leh plak buat main2 kan. Korang pernah dengar fobia air or aquaphobia? Aquaphobia atau takut air / lemas atau juga dipanggil hydrophobia merupakan gejala yang ada pada hampir semua orang. Phobia jenis ini selalunya ada pada mereka yang tidak tahu berenang. Selalunya mereka ini tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri apabila berada di dalam air ( kedalaman lebih dari 2 meter ) apabila kaki mereka tidak lagi menyentuh dasar.
Phobia ini akan mencetuskan panik air yang mengakibatkan jantung berdegup kencang dan nafas bertambah laju. Seseorang biasanya akan bernafas melalui hidung dan apabila situasi panik air berlaku, bernafas melalui hidung dengan kadar yang cepat akan menyebabkan air mudah masuk ke dalam paru-paru dan mengakibatkan lemas. Badan manusia mempunyai peratusan air sehingga 70% dan secara semulajadi badan akan terapung di permukaan air.
Gejala panik air, tiada ilmu mengapungkan badan dan kaedah pernafasan yang salah akan menyebabkan seseorang mudah lemas di air. Aktiviti water confidence merupakan sesi latihan berkaitan meningkatkan keyakinan diri seseorang apabila berada di dalam air serta teknik mengapungkan badan ( floating ) dipermukaan air.
Sumber : http://mindv151on.blogspot.com/
2 comments:
kalau bab air tak fobia..cuma tak berani..hikhik^^
air tak fobia,but fobia pacat and linth..>.<
Post a Comment