19 December 2013

Ranking PMR Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Malaysia 2013



Ranking Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2013

Analisis Gred Purata Sekolah

Peratus Calon Mengikut Gred

Sila klik gambar untuk tumbesaran.


26 November 2013

Virtual Piano - Piano Alam Maya

Salam readers :)

Dah lama tak update blog ni. Hari ni aq nak cerita pasal Virtual Piano. Rasanya semua orang dah tau kot pasal virtual piano ni. Kalau x cukup bajet nak beli piano or keyboard, korang bolehla main piano online ni. Senang je, xyah download pun. Just click website virtualpiano.net. Kat sini korang boleh explore sendiri bakat korang. Boleh gak kalau nak record apa yang korang main n lagi satu sheet music lagu2 famous pun ada based on huruf kat laptop korang. So pasni taula main virtual piano ni. Aq pun ada la buat cover lagu guna website ni. Enjoy! 


Tetap Menantimu by Nomad


Uh Dduk Ha Jyo - OST Tree In Heaven


Hanya Aku by Hyper Act

22 July 2013

Nur Itu Cahaya


Selamat Hari Lahir Nur Ainina Rasidan. Sorry lambat wat entry :) Sekarang dah 22 tahun. Nanti kawen jangan lupa jemput :p Selamat berpraktikal nanti kat Brunei. Hati-hati kat tempat orang. Buat kerja elok2. Brunei pun best gak macam2 ada. Sambil tu boleh jalan2 sekali ye dak :) Selamat berpuasa gak ye dalam bulan ramadhan ni. Goodluck tgk result 3 Ogos nnt. Kalau dapat dekan jangan lupa belanja.

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Raya Aidilfitri :)



Happy Birthday!

18 July 2013

Video Lagu Melayu Dari Seberang Laut



Khabar Dari Temasek ( Postcard From Singapore ) - Philip Sparke
Gelang Si Paku Gelang - Di Tanjung Katong - Lenggang Kangkung 

Singapore Rhapsody - Jacob De Hann
Rasa Sayang - Gelang Si Paku Gelang - Suriram - Di Tanjung Katong - Lenggang Kangkung - Katak Lompat - Kenek Kenek Udang

Antara Anyer dan Jakarta - Sheila Majid

Sahabat - Najwa Latif

Penakut - Yuna

Basikal Tua - Sudirman

Aku Bersahaja - Rossa & Taufik Batisah

Andai Ku Bercinta Lagi - MOJO



17 July 2013

Tasipak Rinjeng


Dulu masa praktikal kat mahkamah Sungai Besar hari-hari dengar lagu ni. Staf kat sana -En Jamhari- slalu pasang lagu ni. Dia orang Banjar. Aku pn orang Banjar :)


13 July 2013

Insiden Bazar Ramadan


Salam readers, selamat berpuasa. Kali ni nak cerita pasal satu insiden kat bazaar Ramadan. Semalam aku pergi bazaar Ramadan kat tempat aku, Sekinchan. Ada satu gerai murtabak yang best kat sini, boleh kata tiap tahun gak beli murtabak kat situ. Masa aku dtg semalam ramai gak orang tgh tunggu kat situ. So, aku berdiri je dulu tunggu orang kurang skit baru aku order. Aku tgk makcik gerai tu n anak dia je yang ada masa tu. Selalu suami dia yg buat murtabak. So aku pn order r kat makcik tu. “Makcik, murtabak daging dua”. Pastu dengan tak semena-menanya, makcik tu boleh plak balas kat aku dengan suara melenting dia. “ Adik boleh tunggu sekejap tak!!”. Erk aku sendiri pn tekejut tetiba nak marah aku kan. Macam aku dah order kat dia banyak kali plak. Padahal aku baru je order kot. Makcik tu langsung tak senyum, muka masam je. Dahla orang ramai masa tu, confirm2 diorang dengar kan. 

Nasib baik la aku ni hormat lagi tp panas gak la masa tu. Memikirkan hati aku yang tengah panas, last2 aku blah je dari situ n beli murtabak kat gerai lain. Lagi sedap n lagi murah. Aku faham ramai orang kt gerai tu masa tu, tp professional lah sikit. Customer order elok2 kot..takkan sebab orang lain kita plak yang kena marah kan. Sepatutnya, peniaga ni mesti dah foresee lah kan karenah customer. Last year aku g gak gerai tu ngn akak aku siap sembang2 lagi ngn makcik tu. Sorry lah makcik kalau gerai murtabak makcik tu dah kena banned forever pasni.


Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa!

28 June 2013

Johan Pertandingan Orkestra Pop Patriotisme Kebangsaan 2013



Johan Pertandingan Orkestra Pop Patriotisme Kebangsaan 2013
Pasukan: Orkestra Muda Bainun
Lagu: Rock You Like a Hurricane
Penggubah lagu: Faridzz Roli


Anugerah Vokal Terbaik
Pasukan: Orkestra Muda Bainun
Lagu: Setia Malaysia
Penggubah lagu: Faridzz Roli


16 June 2013

Malay College Wind Orchestra - Pertandingan Akhir Festival Wind Orchestra SBP 2013


Malay College Wind Orchestra
Primavera: Beautiful Mountain Winds
Pertandingan Akhir Festival Wind Orchestra SBP 2013




Keputusan Pertandingan Akhir Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh SBP 2013


Keputusan Pertandingan Akhir Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh SBP 2013

Konduktor Terbaik : Sekolah Seri Puteri

Johan : Sekolah Seri Puteri (SSP)
Naib johan : Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
Ketiga : Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU)

Saguhati:

Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR)
Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim (SEMSAH)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR)
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)



12 June 2013

Video Sultanah Asma School Marching Band (SASBAND) Natcomp Northen Zone 2013

Sultanah Asma School Marching Band (SASBAND)




Africa Roar Out Loud



Keputusan NATCOMP Northen Zone 2013


KEPUTUSAN PERTANDINGAN PANCARAGAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT ZON UTARA I (NATCOMP 2013)

DRUM MAJOR TERBAIK PERINGKAT NEGERI KEDAH -
SMK DATO’ SYED AHMAD, KUALA NERANG

PERSEDIAAN TERBAIK - SMK CHE TOM

PERTANDINGAN PIALA PENGARAH PELAJARAN KEDAH

JOHAN SMK SULTAN BADLISHAH
NAIB JOHAN SMK PENDANG
TEMPAT KE 3 SMK CHE TOM
TEMPAT KE 4 SMK IBRAHIM
TEMPAT KE 5 SMK DATO SYED AHMAD

DRUM MAJOR TERBAIK KESELURUHAN - TROPHY 
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

KONDUKTOR TERBAIK KESELURUHAN- TROPHY 
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

DIVISYEN PIALA PRESIDEN PERSATUAN PANCARAGAM MALAYSIA

JUARA SMK DERMA GANGSA
NAIB JUARA SMK SULTAN BADLISHAH
KE 3 SMK PENDANG 
KE 4 SMK CHE TOM 
KE 5 SMK IBRAHIM 
KE 6 SMK DATO’ SYED AHMAD 


DIVISYEN PIALA MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

1 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID - PERAK

DIVISYEN PIALA PERDANA

1 SMK SULTANAH ASMA - EMAS


06 June 2013

Najwa Latif - I Love You (Official Music Video)



Official Music Video terbaru Najwa Latif berjudul 
'I Love You' 


03 June 2013

Tak Rugi Join Juri Muzik Hot FM!


Salam semua :)

Shah Alam panas betol lately. Hari ni abes klas kol 4 then terus balik umah. Balik2 terus online buka email, tetiba dapat email dari Hot FM.




Alhamdulillah menang :) before this dapat email tapi x pernah buat. Aritu siapkan gak jadi juri muzik. Semangat sikit pasni nak join banyak-banyak contest :) Thankz Hot FM! :)


12 May 2013

Be Mine Cover

Salam readers, jemput tgk video cover yang aku buat. Lagu Be Mine- Tasha Manshahar & Syed Syamim. Enjoy :)

Piano Perfect for Android

02 May 2013

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA






Salam readers, da lama tak buat entry baru. Kali ni saja nak cerita pengalaman masa temuduga SPA kat Putrajaya. Sebelum ni banyak dengar cerita yang temuduga SPA ni, dah setahun dua tahun after buat permohonan baru dapat panggilan temuduga. So dalam bulan disember tahun lepas aku register dan buat permohonan. Tak sangka bulan lepas dah dapat panggilan temuduga kat SPA Putrajaya. Ramai yang cakap rugi kalau tak pergi interview SPA ni sebab terpilih dari beribu-ribu permohonan. Lagi satu korang dapat pengalaman baru. Sebelum interview memang cuak gak sebab ni first time pergi temuduga kerja. So kena siap-siap print surat tawaran, susun sijil, potostat sijil dan buat sikit research pasal jawatan yang dipohon.

Bagi korang yang first timer macam aku, better sediakan semua yang pihak SPA nak. Paling penting resume korang. Masa sampai kat kaunter untuk register aritu, staff kat situ terus check dokumen yang diorang nak dan kena susun ikut susunan yang betul. Then nnt diorang bagi nombor giliran interview. Aritu tak ramai yang datang interview kot or maybe sebab turn aku petang so x ramai orang. Masa aku datang tu ada 3 orang je termasuk aku yang tgh tggu turn. Itu pun ada dua bilik interview. So dalam 4 minit after register terus kena panggil masuk bilik temuduga.


Masa nak masuk tu memang cuak la. Ketuk pintu bagi salam then baru masuk. Pastu terus bagi dokumen kita. Nasib baik aritu dapat penemuduga yang baik dan sporting, siap gelak2 lagi dalam bilik tu. Rasanya sorang dari Agensi Anti Dadah dan lagi sorang dari SPA. Disebabkan jawatan yang aku mohon tu bawah Agensi Anti Dadah, so soalan-soalan diorang pun berkaitan dengan tu je la. Antara soalan2 diorang 

  • Latar belakang diri anda
  • Anda datang untuk apa
  • Kenapa nak kerja kerajaan
  • Kenapa mohon jawatan ni
  • CGPA anda berapa
  • Apa itu Agensi Anti Dadah
  • Apa peranan Agensi Anti dadah
  • Apa peranan seorang pembantu anti dadah
  • Apakah jenis-jenis dadah
  • Pernah atau tidak berhadapan dengan penagih dadah
  • Pemulihan penagih adalah dibawah akta apa
  • Untuk menilai seseorang, adakah anda akan menggunakan undang-undang ataupun kemanusiaan
Dua soalan last tu diorang tanya sebab skrg aku study undang-undang. Alhamdulillah dapat jawab soalan-soalan tu even tak bape nak betul hehe :) Before datang interview sempat gak la buat research pasal AADK ngn jenis2 dadah. Cik Ainina pn tolong gak wat interview olok2. Terima kasih cik Ainina :) semua soalan yang kita buat semua panel tu tanya. Seronok! :) Masa last-last tu diorang banyak bagi nasihat dan banyak kali pesan kat aku naikkan pointer.hihihihihihi. Diorang kata nanti dah dapat degree boleh apply untuk jawatan pegawai plak. 

ni gamba masa survey jalan hehe

Terima kasih kat ayah cik Ainina sebab tunjukkan jalan dan bawak pusing Putrajaya. Terima kasih gak sebab belanja makan dua kali :) Terima kasih kat along sebab bawak pergi interview ari ahad tu ngn belanja nasi kukus n nasi ayam. Terima kasih untuk Ainina sebab susah2 tulis direction nak pergi Putrajaya. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik hehe.

Untuk korang-korang yang nak pergi temuduga SPA bolehla google tips2 interview sebab tips2 tu memang berguna. Aku pun jenuh gak google tips2 dan apa2 yang berkaitan ngan jawatan yang aku pohon. Semoga berjaya korang :)


28 March 2013

Perahu Kertas


Perahu kertasku kan melaju
Membawa surat cinta bagimu
Kata-kata yang sedikit gila
Tapi ini adanya
Perahu kertas mengingatkanku
Betapa ajaib hidup ini
Mencari-cari tambatan hati
Kau sahabatku sendiri

Hidupkan lagi mimpi-mimpi (cinta-cinta)
Cita-cita (cinta-cinta)
Yang lama ku pendam sendiri
Berdua ku bisa percaya

Ku bahagia kau telah terlahir di dunia
Dan kau ada di antara milyaran manusia
Dan ku bisa dengan radar ku menemukanmu

Tiada lagi yang mampu berdiri
Halangi rasaku cintaku padamu

Ku bahagia kau telah terlahir di dunia
Dan kau ada di antara milyaran manusia
Dan ku bisa dengan radar ku menemukanmu

Ku bahagia kau telah terlahir di dunia
Dan kau ada di antara milyaran manusia
Dan ku bisa dengan radar ku menemukanmu


05 March 2013

Keputusan Pertandingan Awal Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh 2013





Keputusan Pertandingan Awal Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) 2013

Berikut adalah pasukan yang berjaya ke peringkat akhir :

Sekolah Seri Puteri ( SSP )
-Vesuvius & Tanjung Puteri-

Sekolah Menengah Sains Kuching ( SAINSKU )
-Overture Jubiloso & Suriram-

Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud ( SESMA )
-Nostradamus & Khabar Dari Temasik-

Sekolah Tuanku Abdul Rahman ( STAR )
-Diogenes & Lenggang Mak Limah-

Sekolah Dato Abdul Razak ( SDAR )
-Dragon Fight & Tanah Pusaka-

Malay College Kuala Kangsar ( MCKK )
-Primavera & Awan Yang Terpilu-

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim ( SEMSAH )
-Perseus & Overture Melayu-

Sekolah Sultan Alam Shah ( SAS )
-Samurai & Jalan-Jalan-

Kolej Tunku Kurshiah ( TKC )
-The Star of Dreams & Hikayat Melayu Inderaputera-



02 February 2013

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..baru terima hadiah satu contest ni. Tak tau pun menang tetiba ada hadiah sampai. :) Da lama join, tadi baru check nama pemenang hehe. 1st kemenangan untuk 2013. Doakan murah rezeki ye. Amin :)







22 January 2013

Trick Art Museum iCity - Galeri 3D iCity

Salam readers,,after abes exam aritu sempat pergi Trick Art Museum iCity - Galeri 3D iCity ngn Cik Ain. Tiket masuk rm5 je. Kat galeri ni ada banyak gambar dalam versi 3D. So bolehla amek gambar banyak2 mana pn korang nak. Galeri ni pun memang suruh kita jadi kreatif :)


































Terima Kasih Cik Ain sebab buat surprise birthday :) Thankz belikan kek, kad dan kfc :)