12 May 2013

Be Mine Cover

Salam readers, jemput tgk video cover yang aku buat. Lagu Be Mine- Tasha Manshahar & Syed Syamim. Enjoy :)

Piano Perfect for Android

02 May 2013

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA






Salam readers, da lama tak buat entry baru. Kali ni saja nak cerita pengalaman masa temuduga SPA kat Putrajaya. Sebelum ni banyak dengar cerita yang temuduga SPA ni, dah setahun dua tahun after buat permohonan baru dapat panggilan temuduga. So dalam bulan disember tahun lepas aku register dan buat permohonan. Tak sangka bulan lepas dah dapat panggilan temuduga kat SPA Putrajaya. Ramai yang cakap rugi kalau tak pergi interview SPA ni sebab terpilih dari beribu-ribu permohonan. Lagi satu korang dapat pengalaman baru. Sebelum interview memang cuak gak sebab ni first time pergi temuduga kerja. So kena siap-siap print surat tawaran, susun sijil, potostat sijil dan buat sikit research pasal jawatan yang dipohon.

Bagi korang yang first timer macam aku, better sediakan semua yang pihak SPA nak. Paling penting resume korang. Masa sampai kat kaunter untuk register aritu, staff kat situ terus check dokumen yang diorang nak dan kena susun ikut susunan yang betul. Then nnt diorang bagi nombor giliran interview. Aritu tak ramai yang datang interview kot or maybe sebab turn aku petang so x ramai orang. Masa aku datang tu ada 3 orang je termasuk aku yang tgh tggu turn. Itu pun ada dua bilik interview. So dalam 4 minit after register terus kena panggil masuk bilik temuduga.


Masa nak masuk tu memang cuak la. Ketuk pintu bagi salam then baru masuk. Pastu terus bagi dokumen kita. Nasib baik aritu dapat penemuduga yang baik dan sporting, siap gelak2 lagi dalam bilik tu. Rasanya sorang dari Agensi Anti Dadah dan lagi sorang dari SPA. Disebabkan jawatan yang aku mohon tu bawah Agensi Anti Dadah, so soalan-soalan diorang pun berkaitan dengan tu je la. Antara soalan2 diorang 

  • Latar belakang diri anda
  • Anda datang untuk apa
  • Kenapa nak kerja kerajaan
  • Kenapa mohon jawatan ni
  • CGPA anda berapa
  • Apa itu Agensi Anti Dadah
  • Apa peranan Agensi Anti dadah
  • Apa peranan seorang pembantu anti dadah
  • Apakah jenis-jenis dadah
  • Pernah atau tidak berhadapan dengan penagih dadah
  • Pemulihan penagih adalah dibawah akta apa
  • Untuk menilai seseorang, adakah anda akan menggunakan undang-undang ataupun kemanusiaan
Dua soalan last tu diorang tanya sebab skrg aku study undang-undang. Alhamdulillah dapat jawab soalan-soalan tu even tak bape nak betul hehe :) Before datang interview sempat gak la buat research pasal AADK ngn jenis2 dadah. Cik Ainina pn tolong gak wat interview olok2. Terima kasih cik Ainina :) semua soalan yang kita buat semua panel tu tanya. Seronok! :) Masa last-last tu diorang banyak bagi nasihat dan banyak kali pesan kat aku naikkan pointer.hihihihihihi. Diorang kata nanti dah dapat degree boleh apply untuk jawatan pegawai plak. 

ni gamba masa survey jalan hehe

Terima kasih kat ayah cik Ainina sebab tunjukkan jalan dan bawak pusing Putrajaya. Terima kasih gak sebab belanja makan dua kali :) Terima kasih kat along sebab bawak pergi interview ari ahad tu ngn belanja nasi kukus n nasi ayam. Terima kasih untuk Ainina sebab susah2 tulis direction nak pergi Putrajaya. Alhamdulillah selamat sampai dan selamat balik hehe.

Untuk korang-korang yang nak pergi temuduga SPA bolehla google tips2 interview sebab tips2 tu memang berguna. Aku pun jenuh gak google tips2 dan apa2 yang berkaitan ngan jawatan yang aku pohon. Semoga berjaya korang :)