29 June 2011
27 June 2011
23 June 2011
SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London
This is a contest by Ady Budika
-Jelaskan macam mana la boleh terjumpa blog adybudika.com ini-
Blogger famous sape tak kenal. :) Tiap kali blogwalking, mesti ada blog Adi Budika kat bloglist blogger-blogger lain.
Tarikh Tutup : Ahad - 26 Jun 2011 - 6.00 petang
22 June 2011
16 June 2011
sawah padi
Dear readers,,
Hari ni nak wat entry pasal sawah padi. Entry fresh ni coz pagi td baru pegi sawah padi @ bendang. Best giler dapat g sawah padi. Memang tenang je, orang pn x banyak lalu lalang. Semua hijau je. Pastu dapat tgk langit yg luas, dapat tgk bukit bukau, tgk matahari terbit :) Nak wat photoshoot pun best gak nih. Adela aq amek gamba sikit tp x cantik pn coz guna handphone punya camera je. Kalau yang x penah g sawah padi, korang bolehla datang kat sini.
Tau x kat mana ni.. cer teka cer teka :) Kalau korang nak datang sawah padi, korang boleh la g Sekinchan, Selangor. Kalau dari KL x jauh pun dalam 2 jam je. Ala yang tempat Nur Kasih tu r. Dari umah aq dalam 180 saat dah sampai kat sawah padi. Best! Lagi2 sekarang ni dah nak masuk musim menuai. Hujung bulan ni da boleh menuai dh. Kalau nak amek2 gambar lagi best. Better datang waktu2 macam ni coz lagi cantik dan hijau. Kalau datang dari jauh, homestay pn banyak. Pagi td dalam kol 8, cuaca memang terbaik. Tak panas sangat tak sejuk sangat. Best lah kalau dapat jalan2 sini.
Kalau nak amek gambar dari atas, leh naik atas ni. Puas giler kalau tgk dari atas ni.
Motor ayah aq.guna utk pergi bendang. :)
15 June 2011
BALI: a simple giveaway for fabulous followers...
This is a contest by eqbalzack
:: Just make a simple entry about this giveaway ::
:: Link it to this giveaway entry on eqbalzack.com ::
14 June 2011
Tension ke?
Dear readers,,
Penat kerja ke? bagi r otak kita berehat kejap. Tension dengan study? amek r masa 5 minit ke,,10 minit ke. Asyik berfikir je mana tak tension. Semalam aq blogwalking kejap, pastu ade r terjumpa satu blog ni. Memang santai abes. Blog ni x banyak menggunakan perkataan, setiap entry memang full dengan picture. memang x rugi kalau baca blog ni. Santaikan minda korang kejap :) Nama blog ni Fuuubook.
Kalau nak tau kenapa Fuuubook, kena r g kat blog ni. Blog ni pun ada page kat facebook, kalau nak tgk leh klik sini :) Selamat berblogwalking!!
13 June 2011
Of Ikan Patin and Kenduri Kahwin
Dear readers,,
Dah lama x update blog ni. Last weekend my family pergi negeri Pahang Darul Makmur. Bukan pegi jalan2 r tapi memenuhi jemputan majlis kenduri kahwin anak sepupu aku. So bertolak dari umah dalam kol 6.45 lalu jalan Ijok yg bengkang bengkok tu pastu ikut Karak highway. Masa on the way g ngn balik tu asek teringat citer karak aje.hoho. Kan ada tanda laluan angin lintang kan kat Lanchang kalau x silap. Last year sepupu aq accident kat situ, teruk gak kete dia sampai orang yang duduk seat blakang boleh terpindah kat seat depan. Kete dia golek2 kalau x silap. A few month after tu ada lagi orang accident kat situ, diorang pn xtau camne diorang leh accident. Sedar2 dah ada kat hospital ceritanya. Alhamdulillah my family selamat sampai kenduri kahwin kat Jengka 11.
Sebenarnya kitorang tak makan lagi dari pagi masa bertolak tu, so masa kat Temerloh my family singgah kat RnR Temerloh. Yang ni cadangnya nak merasa masak tempoyak ikan patin. Aritu ada baca kat few blog mention gerai no.7 kat RnR ni ada jual masakan ni. Sedap katanya :) Seketul dalam RM7. Yang ade jual ni ikan patin sangkar, kalau yang ikan patin sungai lagi mahal kot. Sedap gak masak tempoyak ikan patin ni. Berbaloi gak datang dari jauh.haha. Tapi kalau korang nak lagi sedap, korang leh g area2 dekat ngn sungai pahang, masuk pekan Temerloh dulu. Kat situ banyak gerai2 yang jual masakan ikan patin.
After makan2 perjalanan diteruskan dan kitorang sampai kenduri dalam kol 12. Kenduri kahwin x meriah sangat, biasa2 je. Lepas abes kenduri, my family g Felda Lepar Utara 1. Cadangnya nak tido kat sini umah makcik, so esoknya baru balik Selangor. Jalan kat sini naik turun bukit. Bukit kemain lagi tingginya. Nasib baik abah pro bawak keta kat Pahang coz dah selalu datang Pahang.Yay! :) So malam tu tengok bola ngn abah, Terengganu 2 - Kelantan 1. Esoknya dalam kol 8.45 kitorang bertolak balik. Masa balik sempat lagi singgah RnR Gombak, makan2 kat situ then beli lemang. Sedap woo :) Paru goreng berlada dia memang terbaik!! Then perjalanan diteruskan dan dalam kol 2.15 petang kitorang sampai umah. Yeah! :)
03 June 2011
Abang Ri & Kak Mia II
Dear readers,,
Last entry aq dah kenalkan abang Ri n kak Mia kan dan macam mana diorang boleh jadi suami isteri. Kalau korang belum sempat baca boleh klik sini . Lepas tunang kak Mia ( Khalil ) tu buat hal, larikan diri ngn family dia masa hari pernikahan diorang, abang Ri terpaksa gantikan tempat si Khalil tu. Tapi dia ikhlas nak kahwin dengan kak Mia. Kak Mia memang x dapat terima semua ni n x nak kahwin dgn abang Ri, tapi sebab papa dia, kak Mia terpaksa mengalah. Baru satu jam abang Ri sah bergelar suami kak Mia, dia dah pn kena hina n maki dengan kak Mia. Macam2 yang kak Mia cakap kat abang Ri tapi dia still boleh sabar. Malam tu jugak kak Mia minta cerai dari abang Ri. Kat kampung plak, mak tiri abang Ri ( Mak Leha ) berbalah dengan suami dia ( Pak Samad ) sebab x bgtau dia dulu yang pasal pernikahan tu. Mak Leha memang x setuju lah sebab dia kenal kak Mia n perangai mama kak Mia yang pernah curang dulu.
Esoknya plak papa kak Mia tenat kat hospital n disahkan meninggal dunia. Memang kak Mia sedih+ tertekan giler masa tu. At last dia decide utk ikut n tinggal dengan mama dia kat Australia. Korang ingat x yang kak Mia ada bagi duit klien RM23 juta kat tunang dia dulu coz tunang dia nak pinjam kan. Sebenarnya kak Mia x sepatutnya guna duit klien tu n itu satu kesalahan. Disebabkan tunang dia x bayar duit tu,dalam masa sebulan lesen peguam dia digantung dan family dia dah bankrap, rumah dia pn da kena lelong. Sekejap je kak Mia hilang apa yang dia miliki dulu, tapi ego dan sombong dia tetap ada dan dia x penah berubah. Ish3 ape r dia ni. Sebenarnya abang Ri xtau yang kak Mia nak ikut mama dia g Australia. Nasib baik mak tiri kak Mia ( Puan Roziah ) call abang Ri n bgtau pasal ni malam b4 diorang g KLIA. Patut r masa malam kenduri arwah papa kak Mia tu, kak mia n mak dia pegi marah2 n maki2 abang Ri. Memang kasar giler r dua orang ni punya bahasa. Tapi yang abang Ri ni plak still leh tahan lagi. Ade ke patut kak Mia cakap camni kat suami dia,
“ Papa aku dah meninggal dan dah selamat pun dikebumikan. So, pada aku pertalian aku dengan kau dah x ada maknanya lagi. Jadi aku nak malam ni bersaksikan mama aku, kau ceraikan aku. Lepas tu kau boleh berambus dari rumah ni dan jangan tunjuk lagi muka kau kat aku!!”
Esoknya, abang Ri awal2 pagi dah pegi KL nak bawak kak Mia balik kampung. Xda maknanya dia nak bagi isteri dia g Australia tu. Kak Mia ngn mama dia plak dah siap2 nak g KLIA, nasib baik blom pegi lagi. Memang kena lagi r abang Ri dengan kak Mia n mama dia. Memang kak Mia xnak dan xkan ikut suami dia balik kampung. Tapi abang Ri ni pandai gak, dia x teragak2 nak buat laporan polis atas dakwaan ibu mertua dia cuba melarikan isteri dia. Tersentak kak Mia ngn mama dia. Sekarang diorang memang xda pilihan, kak Mia terpaksa ikut suami dia balik kampung. Sebelum balik tu sempat lagi kak Mia n mama dia buat rancangan utk balas dendam n supaya dia dilepaskan. Macam macam hal lah. Banyak lagi hal yang berlaku kat kampung, semuanya akan aku cerita entry akan datang. :)
01 June 2011
Abang Ri & Kak Mia
Dear readers,,
Dah sebulan rupanya aq cuti kat umah. Nasib baik terisi gak cuti aq dengan bandcamp last week. Nx week plak nak g klang, pastu g pahang plak ada kenduri kawin. So every week dh ada aktiviti. yeah! So dalam cuti ni aq ada kenal ngn satu pasangan ni. Cukuplah aq bgtau nama diorang as Khuzairi n Mia. Diorang sudah pn berumah tangga. Tapi citer diorang ni agak sadis gak r. By the way, aq baru tau sikit citer diorang, blom discover abes lagi. Actually, diorang x penah pn bercinta before diorang kahwin. Semuanya bermula sejak zaman sekolah menengah, diorang satu sekolah. Mia ni anak orang kaya n Khuzairi ni plak budak kampung je. Mia cukup terkenal dengan sikap dia yang ego dan sombong. Zukhairi ni penah la suka kat Mia tp x pernah terfikir utk kahwin dengan Mia ni. Mia plak cukup tak suka budak kampung n bagi dia xda class langsung kawan ngn diorang. Lepas tu Mia ni pindah kat KL ikut papa dia n masuk sekolah asrama.
Dipendekkan cerita, Mia berjaya menjadi lawyer yg sangat berlagak. Khuzairi plak jadi usahawan kambing, kira berjaya gak r tp x sekaya Mia. Actually papa Mia n ayah Khuzairi ni kawan baik. One day, ayah Khuzairi mintak tolong kat papa Mia as lawyer utk settlekan hutang. Coz dh lama x jumpa lepas Mia n papa dia pindah KL, Khuzairi ngn ayah dia pn dinner r kat umah Mia. Mia ni kan sombong giler, serius ego nak mampus. Memang ckp kasar giler r, ngn orang tua pn siap perli2 lagi. Dengar citer Mia ni macam mak dia, keras kepala, ego, sombong semua ada. Actually mak kandung dia da bercerai ngn papa dia coz mak dia curang. Tapi sampai sekarang papa dia x bgtau kat mia n mia memang 100% salahkan papa dia lah. Sekarang mia tinggal ngn mak tiri dia tp dia buat macam org gaji. Memang x respect langsung even mak tiri dia da jaga dia dari kecik kot.ish3.
Time dinner ni papa Mia bgtau kat Khuzairi n ayah dia yang Mia dah bertunang n akan bernikah minggu depannya.Tu pun sebab si Mia ni gedik2. Yelah, dulu dia penah dapat surat cinta time sekolah dulu kononnya dari Khuzairi. Masa tu dia bengang giler r. In fact bukan Khuzairi yg hantar surat tu. Kesian kat Khuzairi. So sekarang dia saja nak sakitkan hati Khuzairi budak kampung r kononnya. Tapi Khuzairi ni baik n pandai control, so dia senyum je. Papa Mia pn jemputla Khuzairi ngn ayahnya datang masa Mia nikah.
Nak dijadikan cerita, masa hari pernikahan tu bakal suami Mia ni buat hal. Dia ngn family dia lari pergi Paris. Family bakal suami mia ni hutang firm papa Mia RM23 juta. Ni semua salah Mia g amek duit klien n bg kat tunang dia tu. Papa Mia memang xtau nak buat apa time tu, dia dh r sakit. Mia plak menyesal + marah x sudah. Last2 papa Mia mintak Khuzairi jadi bidan terjun menikah dengan Mia. Kesian Khuzairi time tu. Dia x penah expect akan lalui semua ni. Last2 dia sah jadi suami Mia. Tak tau r camne kalau aq jadi Khuzairi, dahla kena nikah on the spot n besar kot tanggungjawab pastu. Ish3. After nikah, Khuzairi memang expect r Mia xkan penah terima dia sebagai suami. Macam2 mia buat, macam2 mia cakap kat Khuzairi. Nasib baik Khuzairi ni penyabar. Bukan senang nak jumpa orang camni. Cukup r setakat ni, nanti aq sambung lagi citer diorang ni ek. Banyak dugaan diorang. Peace yo0!! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)