31 October 2011

Restoran Wong Solo - Jalan Jalan Cari Makan

Dear readers,,
Suka tak makan kat restoran bertemakan ayam penyet? Petang tadi aku, nabil, ayie ngn fakrul g singgah Restoran Wong Solo kat Seksyen 7 Shah Alam. After frust ngn test tort petang td, kitorang terus g makan kat sana. Lately petang2 selalu hujan kan, petang tadi memang lebat giler r nasib baik sempat sampai kedai tu baru hujan lebat. Restoran ni area2 belakang jakel, depan restoran ikan bakar bubu. Sebenarnya restoran ni asal dari Indonesia, so makanan-makanan dia haruslah citarasa indonesia kan. Kalau nak tau pasal restoran ni boleh g kat website Ayam Bakar Wong Solo.


* pinjam dari GhostWriter

Untuk pengetahuan korang, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu pun da pernah datang restoran ni. Cer tengok kat gambar atas tu. Harga2 makanan plak kira okayla kot. Korang boleh gak order ikut set contohnya kalau korang datang ngn family. So rasanya jimat sikit lah. Petang tadi kitorang order set ayam bakar ngan gadogado. 



Happy Dinner :)

29 October 2011

Lagu Rindu - Kerispatih



Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Reff:

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan


27 October 2011

ÆON Bukit Tinggi Shopping Centre

Dear readers,,
Sape dok Klang or Shah Alam mesti penah pegi ÆON Bukit Tinggi kan? Semalam aq ngn akak2 aq g sana memandangkan hari cuti sempena Deepavali. Pagi kol 10.30 akak aq @kunangkunang amek aq kat uitm ni pastu g amek akak aq lagi sorang kat stesen bas Klang then terus g sana. So semalam kitorang tgk movie Real Steel :) Movie ni sangat best! + panggung wayang yang selesa = sangat layan. :) 



" Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri. Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah. Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata. " - informasi.my-



Dakota Goyo and Hugh Jackman Star in Real Steel
Hugh Jackman and Dakota Goyo

Before tgk movie tu kitorang g makan2 jap, so semalam singgah kat The Chicken Rice Shop.   Kitorang amek triple feast untuk tiga orang makan. Satu set tu ada 9 hidangan termasuk air and korang boleh pilih hidangan apa yang korang nak :) . Harga pn okay bawah RM50. Paling best dia punya kerabu mangga. Sedap giler! Kalau nak tau lagi leh pergi kat website The Chicken Rice Shop :)





After tengok movie kitorang jalan-jalan jap p shopping :) Banyak sale kat sana, lagi2 sekarang dah nak akhir tahun kan. Nanti mesti ada year-end sale. So aq ada beli baju, akak aq beli jeans ngan kasut. Then dalam kol 6 kitorang balik. Masa balik tu singgah plak kat Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7 p dinner jap. Kat sini pn makanan dia best2. Lebih kurang cam Oldtown White Coffee. Untuk dinner aq order nasi lemak rendang ayam n chocolate ais.haha :) akak aq plak order teh ais ceylon ngn katong laksa. Sedapsedapsedap! Harga pn okay. Semalam memang ramai giler orang n jauh beza nak dibandingkan ngan oldtown.huhu. Apa2pun memang terbaik! :)

katong laksa


Perasan tak apa yang pelik ngan nasi lemak ni??