31 October 2011

Restoran Wong Solo - Jalan Jalan Cari Makan

Dear readers,,
Suka tak makan kat restoran bertemakan ayam penyet? Petang tadi aku, nabil, ayie ngn fakrul g singgah Restoran Wong Solo kat Seksyen 7 Shah Alam. After frust ngn test tort petang td, kitorang terus g makan kat sana. Lately petang2 selalu hujan kan, petang tadi memang lebat giler r nasib baik sempat sampai kedai tu baru hujan lebat. Restoran ni area2 belakang jakel, depan restoran ikan bakar bubu. Sebenarnya restoran ni asal dari Indonesia, so makanan-makanan dia haruslah citarasa indonesia kan. Kalau nak tau pasal restoran ni boleh g kat website Ayam Bakar Wong Solo.


* pinjam dari GhostWriter

Untuk pengetahuan korang, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu pun da pernah datang restoran ni. Cer tengok kat gambar atas tu. Harga2 makanan plak kira okayla kot. Korang boleh gak order ikut set contohnya kalau korang datang ngn family. So rasanya jimat sikit lah. Petang tadi kitorang order set ayam bakar ngan gadogado. 



Happy Dinner :)

29 October 2011

Lagu Rindu - Kerispatih



Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Reff:

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini kuciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta
Walau hanya nada sederhana
Ijinkan ku ungkap segenap rasa dan kerinduan


27 October 2011

ÆON Bukit Tinggi Shopping Centre

Dear readers,,
Sape dok Klang or Shah Alam mesti penah pegi ÆON Bukit Tinggi kan? Semalam aq ngn akak2 aq g sana memandangkan hari cuti sempena Deepavali. Pagi kol 10.30 akak aq @kunangkunang amek aq kat uitm ni pastu g amek akak aq lagi sorang kat stesen bas Klang then terus g sana. So semalam kitorang tgk movie Real Steel :) Movie ni sangat best! + panggung wayang yang selesa = sangat layan. :) 



" Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri. Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah. Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata. " - informasi.my-



Dakota Goyo and Hugh Jackman Star in Real Steel
Hugh Jackman and Dakota Goyo

Before tgk movie tu kitorang g makan2 jap, so semalam singgah kat The Chicken Rice Shop.   Kitorang amek triple feast untuk tiga orang makan. Satu set tu ada 9 hidangan termasuk air and korang boleh pilih hidangan apa yang korang nak :) . Harga pn okay bawah RM50. Paling best dia punya kerabu mangga. Sedap giler! Kalau nak tau lagi leh pergi kat website The Chicken Rice Shop :)





After tengok movie kitorang jalan-jalan jap p shopping :) Banyak sale kat sana, lagi2 sekarang dah nak akhir tahun kan. Nanti mesti ada year-end sale. So aq ada beli baju, akak aq beli jeans ngan kasut. Then dalam kol 6 kitorang balik. Masa balik tu singgah plak kat Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7 p dinner jap. Kat sini pn makanan dia best2. Lebih kurang cam Oldtown White Coffee. Untuk dinner aq order nasi lemak rendang ayam n chocolate ais.haha :) akak aq plak order teh ais ceylon ngn katong laksa. Sedapsedapsedap! Harga pn okay. Semalam memang ramai giler orang n jauh beza nak dibandingkan ngan oldtown.huhu. Apa2pun memang terbaik! :)

katong laksa


Perasan tak apa yang pelik ngan nasi lemak ni??

26 October 2011

Wordless Wednesday


BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER


BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER
hqfizulhqkim.blogspot.com ni adalah personal blog aq. Semua entry2 pasal personal life dan ada gak share information untuk readers. Sekarang nak buat entry pasal makanan plak ala2 jalan-jalan cari makan. :) Aq buat blog suka-suka je coz boleh type apa kita nak, share ngn orang n paling best bila ada readers melawat blog, tinggalkan komen dan jadi follower :)

Idola dalam dunia blog ni xtau r sape.haha coz aq suka baca banyak blog. Blogger2 sekarang semua best2 :)


25 October 2011

ChicKing Fried Chicken - Jalan-Jalan Cari Makan

Dear readers,,
Pernah dengar ChicKing? Arini episod Jalan-Jalan Cari Makan kat ChicKing Fried Chicken, Seksyen 7 Shah Alam. Before ni dah makan kat JM Bariani, Satay Haji Samuri ngn Ais Oyen kan (sila rujuk sini ), arini try ayam goreng n co plak. So tadi cik Ainina Rasidan teman makan kat sana :) Sebenarnya, restoran fast food ni baru bukak 20 Oktober aritu. Tadi kitorang order value meal and beli satu percuma satu. Maknanya kalau korang order satu set, korang akan dapat lagi satu set secara percuma. Makanan dia plak ala-ala KFC je, lebih kurang sama. Harga pn okay. :)





Kebetulan masa kitorang makan x ramai orang, dh lepas waktu lunch pn masa tu. ChicKing ni established masa tahun 2000 kat United Arab Emirates. Setakat ni ChicKing hanya terdapat di negara UAE, Oman, Bahrain, Saudi Arabia, Kuwait, Qatar, India, Singapore, Sudan, Kenya dan Malaysia. Rasanya kat Malaysia pn tak banyak outlets. Tagline diorang ialah " Real Recipe, Real Taste, Real Fried Chicken ". 




Untuk dapatkan lebih informasi pasal menu diorang, promosi n macam2 lagi korang boleh pegi kat website ChicKing Malaysia. Korang gak boleh like page ChicKing kat facebook i.e Chicking.

24 October 2011

Patah Seribu - Lagu Terbaru Shila Amzah



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

20 October 2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Dear readers, dah seminggu tak update blog ni. Selalu banyak je idea tapi bila nak update je cam xde mood nak update.huhu. Anyway, minggu ni cam banyak je kerja n cam banyak je kena fikir. Nasib baik satu-satu benda dah siap tinggal jawab test je minggu depan. Nasib baik ada cik akak ni teman kita g jalan2. Minggu ni rasanya tema jalan-jalan cari makan kot. Ahad lepas kitorang g seksyen 7 nak cari nasi beriani. So singgah makan kat JM Bariani House. Masa datang memang xda orang pn.huhu Kat sini harga dia mahal sikit. Kitorang order nasi beriani ayam ngn nasi beriani daging. Rasa dia boleh bolehla n nasi dia x banyak.huhu. 



Lepas abes makan ingat nak terus balik, tapi tunggu bas x sampai2. Bas rapid kat seksyen 7 ni memang jarang ada weekend2 ni. Tiba-tiba rasa cam nak pergi SACC Mall, so kitorang naik teksi g SACC. *sila rancang perjalanan anda :)  So sampai2 kat sana cik akak nak g mph beli buku n kamus. Pastu ingat nak jalan2 jap terus balik, tiba2 hujan plak. So kitorang pusing2 sacc sambil observe rakyat Malaysia yang macam2 gaya ni.haha. :) Then kitorang pegi PKNS plak coz tiba2 rasa nak makan kat Satay Kajang Haji Samuri. Kat situ order satay ayam, daging ngn satay perut + nasi goreng pattaya. Harga pn biasa2 je. Yang sedap kuah kacang dia, lagi sedap bila makan ngn nasi :) 

* pinjam dari beebsz

After makan satay, kitorang terus tunggu bas nak balik uitm. Kenyang giler, nasib masa balik tu x singgah foodcourt seksyen 2.he3 :) Sebenarnya masa balik tu ingat nak makan ais oyen kat seksyen 2. Ada orang tu ngidam katanya. *kitorang makan banyak tol  :) . Tapi sebab dh kenyang aritu, so kitorang g cari ais oyen tu semalam. Mesti korang xtau kan ais oyen tu camne. Ais oyen tu campuran buah-buahan ngn santan ngn ais kalau x silap. Tapi memang sedap giler, 1st time makan. Harga semangkuk RM2.50. Pas pekena ais oyen, kitorang g kfc plak try KFC TomYum Crunch. *melantak lagi.he3. So memang hidangan sepinggan lengkap lah semalam. Puas hati :)

.ais oyen.


Yummy yummy!! ada can buat rancangan jalan jalan cari makan ni :)


SPONTANEOUS THURSDAY


" Kalau nak mintak duit, jangan minta dengan parent..minta dengan Allah :) " 
- PM Siti Hajar -



11 October 2011

Angry Bird Keychain Giveaway By Lulu Caldina


Sape-sape yang minat sangat ngan AngryBird, apa kata korang join giveaway ni! 

Tarikh tutup : 18/10/2011

Giveaway: FM Macam-macam Ada


Jom join giveaway ni! Macam2 ada :)

Tarikh tutup : 31/10/2011

04 October 2011

DVD of World Championship Marching Show Band 2011


Pada para peminat marching band di luar sana,  DVD of World Championship Marching Show Band 2011 dah pun dikeluarkan. Mesti korang tertunggu-tunggu official dvd ni kan. Jom tgk apa yang ada :

DISC 1 - Grand Final
MDO The Youth Wind Orchestra of The Music, CHEB, Czech Republic
Seri Garing, Malaysia
Red Deer Royals Marching Show Band, Canada
Jit Sin,  Malaysia
Victoria Institution, Malaysia
Calgary Stetson Marching Show Band, Canada

DISC 2 - Grand Final
Chung Hua Miri, Malaysia
Ave Maria Convent, Malaysia
Marching Band Gita Surosowan, Indonesia
Chein-Kuo High School Marching Band, Taiwan
Suphanburi Marching Band, Thailand
Sultanah Asma, Malaysia

Disc 3 - Prelim III
Sultanah Asma
Ave Maria Convent
Chung Hua Miri
Victoria Institution
Jit Sin
Seri Garing

Disc 4 - Prelim III
St. Joseph Miri
SIGS
Lembah Bidong
High School Klang
St. Columba Miri
King Edward VII


Jom tengok harga plak :


Pricing
Disc 1 & 2 (Grand Final)
RM30 
*RM25  (> 20 sets)

Additional Disc 3 (Prelim III)(extra RM5)
Additional Disc 4 (Prelim III)(extra RM5)

Untuk maklumat lanjut korang leh lawat Voteband. So kalau korang berminat nak beli bolehla contact email ni :

dvd@voteband.net