22 June 2014

Keputusan Pertandingan Akhir Festival Wind Orchestra SBP 2014


Keputusan Pertandingan Akhir Festival Wind Orchestra SBP 2014

Johan
SM SAINS MACHANG
Punchinello

Naib Johan
SEKOLAH TUANKU ANDUL RAHMAN
Legend of The Ancient Heroes

Ketiga
KOLEJ TUNKU KURSHIAH

Saguhati
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK
Around the World in 80 Days

Saguhati
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
Gallimaufry

Konduktor Terbaik
MOHD IZHAR SHAH BIN HASSAN
SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK


09 June 2014

Roti Daging Super Mudah



Salam readers,

Mesti pernah dengar pasal roti daging kan? Kali ni nak kongsi resepi roti daging. Sebenarnya taklah susah pun buat roti daging ni. Mintak maap lah ye presentation agak kurang disitu. Yang ni pun main buat je.


Sediakan bahan-bahan : roti, susu, telur, daging kisar (aku guna daging beger je), kentang, bawang merah, bawang putih, daun kari dan rempah kari.


Mula-mula kerat roti cam atas ni, kalau taknak pun xpa. Nak jadikan cebisan pun boleh.


Lepas tu, amek satu mangkuk, pukul telur ngan susu. Then rendamkan roti tadi dalam susu tadi. Ketepikan sekejap.


Kemudian sediakan bahan-bahan atas ni untuk buat inti : potong bawang, potong kentang, daging kisar, daun kari dan rempah kari (dalam dua sudu).


Untuk masak inti, panaskan minyak, tumis bawang, masukkan daging kisar agak2 separuh masak, then masukkan rempah kari, masukkan kentang, masukkan sikit air, masukkan daun kari dan akhir sekali garam sikit dan serbuk perasa sikit. Gaul sebati. Masaklah smpai masak ye. Jangan risau kalau kentang masih keras sebab nanti kita akan masukkan dalam oven.


Kemudian amek loyang, sapukan butter/marjerin/planta. Susun roti yang direndam tadi dalam loyang elok2. Then masukkan inti daging tadi. Kalau letak cheese lagi sodapp.


Then susun lagi roti tadi sampai habis. Kalau korang nak buat layer by layer pun boleh. Panaskan oven. Masukkan dalam oven. Suhu dalam 140'C. Masak dalam 1 jam or sampai dah keperang-perangan roti tu.




Okay siap!! Tak cantik kan? xpa janji sodapp :)



07 June 2014

Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Salam readers,

Dah lama sangat tak update blog ni. Kali ni aku nak cerita pasal pengalaman temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17. Sekarang memang tengah cari kerja, so mana-mana dapat panggilan temuduga kita rembat je dulu. Okay, secara rasminya aku dah pergi inteview jawatan pembantu tadbir ni under Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2 Jun aritu. Tempat interview kat Pusat Temuduga SPA Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Bagi sapa yang tak tahu, pusat temuduga ni dekat sangat dengan kompleks Dayabumi. On je GPS mesti dapat cari. Kalau ikut surat, aku interview pukul 2.50 petang. Tapi datang awal lah lagi bagus kan, so kol 2 lebih dah sampai sana dengan abang aku. Pastu terus naik tingkat 2 dan terus daftar. Hari tu memang tak ramai orang. Adela dalam 8, 9 orang je, bilik interview plak ada 4. Sementara duduk2 tunggu giliran tu bolehla baca2 nota skit.

Okay nak citer pasal masa interview plak. Panel aritu dua orang je dan dua2 lelaki. Sorang nama Shahhedan Jaafar dan lagi sorang tak tahu nama dia siapa. Aritu tak banyak sangat diorang tanya tapi aku plak yang banyak tanya masa akhir interview tu. Basically antara soalan panel camni :

- Ceritakan mengenai diri anda, nama dan latar belakang. ( pastu adela dia tanya pasal study mana, amek apa...)
- Ceritakan pengalaman kerja.
- Siapa Ketua Setiausaha Negara.
- Sebutkan Rukun Negara
- Kaitkan Rukun Negara yang ke4 dengan jawatan ini.
- Kenapa ada pekerja yang melanggar undang2
- Apa itu integriti dan akauntabiliti
- Untuk preparation interview jawatan ni, apa yang anda baca/study.

Macam banyak pulak kan soalan diorang. Yang penting korang jawab jelah dengan seikhlas hati korang. Better jujur la, kalau xtau jawapan cakap je maaf korang tak pasti tp korang usaha la bagi jawapan gak. Jangan tak jawab lak. At least ada effort korang nak jawab. Then jangan jangan jangan jadi takut masa interview. Duduk elok2 ye. Jawapan kasi tegas skit dan be confident. Panel2 ni mata diorang sangat tajam dan diorang ada "sixth sense". Diorang leh tau klu korang tak prepare untuk interview dan diorang tau klu korang taknak pun jawatan tu. Tenang2kanlah diri dan jgn gugup. Korang layan je apa panel tu tanya. Kalau diorang psiko korang, korang psiko panel2 tu balik.hahaha. Jangan cepat down kalau diorang cakap apa2.

Apapun goodluck untuk korang yang akan pergi temuduga jawatan ni. Panel tu kata ada 27 ribu calon yang layak temuduga. Soalan ketiga dan keempat tu penting tu, especially soalan no 3.